BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 15, 2011

SAD story!!!

Alhamdulillah akhirnya terbuka juga pintu hati nak update blog sendiri..huhuhu..

Kali ni nak berkongsi sedikit cerita sedih..bukan cerita tentang diri sendiri tapi cerita sedih salah seorang sahabat saya..

Dalam kesibukan dan keghairahan kita melengkapkan segala kelengkapan Aidilfitri yg bakal muncul xlama lagi..Ada seorang sahabat saya sedang bersedih..meratapi permergian satu2nya anakanda yg tercinta..anakanda yang hanya dipinjamkan sementara kepada beliau..huhhhhh..(sebak seketika)..dipinjamkan cuma lebih kurang 8 bulan..Jumaat yg lepas 12/8/2011 anak itu telah kembali mengadap Ilahi akibat dari Jangkitan Kuman di Otak..bagaimana ianya terjadi??wallahhualam..aku pun xpasti.nak bertanyakan xsanggup..yang pasti aku turut merasakan kehilangan putera comel itu..

Semoga sahabat saya serta seluruh ahli keluarganya tabah dalam menghadapi ujian ini..Bagaimanalah agaknya kalau perkara seperti ini terjadi kepada diri kita??hilangnya permata yg ditatang dibelai hari2 bagai minyak yg penuh..belum sempat melihatnya bertatih,bertutur,berlari..kini beliau telah pergi menghadap Ilahi..hilanglah gelak tawa si kecil..hilanglah tangisan lapar si kecil..hilanglah kini penawar duka dan lara ibu dan ayah..Al-Fatihah bt allahyarham anakanda IRHAM..Allah lebih menyayanginya..