BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 26, 2012

Family Trip

adesss ni yg parah ni..

weekenggg ni opis abah amani ada buat FAMILY TRIP.

MA tnye..

kat mnerr yang??

abah amani jawap..

MELAKA!!

MA ckp..

MELAKAAAAA???!! 
(dlm hati, adesss melaka lagi..busannyerr..cam xde tempat lain.hujung thn lepas dah puas berkampung kat melaka.ni nak pegi lagi..uwaaa)

abah amani ckp..
hurmm depa nak p melaka..

MA .. pasrahhhh..

yang MA lagi pasrah.
trip tu nanti kene naik 

BUSSSSSSSSSS!!


hohoohoho..paling MA xsuka..naik bas lah..silap2 MA muntah pening lg teruk dari amani.
harap2 amani xbt hal la..xbt 'perak' la bila naik bas.risau jugak ni sebenarnya..sbb amani belum pernah naik bas.dia pernah tgk bas jerr..hihiihi..

nak pegi khamis mlm nanti..29hb mac..tapi...MA cuti pun belum apply!!
cmnooo??

hihihihi..bubyeeeeee!!

Friday, March 16, 2012

|mommies talk| - part I

hari ni MA nak share or nak discuss tentang SOLID FOOD for OUR BABY!!
hehe..nak kata pakar tu tu xde la.tp blh la sikit2 kan..act MA byk belajar dr buku2 and internet..mostly from 
HSFFYB facebook. :))
I thank a lot to them bcoz they teach me much about solid food.if not for sure MA belasah saje.hihi.

apa dugaan mommies2 semua dlm memberikan solid food pd anak2???
me?

  •  terlalu ramai org2 yg baik hati nak suap mcm2 kat mulut my tod.like, jajan,coklat,air tea,air yg ber ais,ais krim, n etc.
  • pengaruh org2 yg lebih berumur dr MA
  • kurangnya pengetahuan sbb MA kan br je jd mama.br sorg anak
  • faktor masa
byk lagi sebenarnya. tp utk MA ni lah antara cabaran2 dlm memberikan yg terbaik utk princess mama.

story 1:

ini adalah dugaan paling besar utk MA.kenapa?sbb MA perlu berhadapan dengan org2 yg baik hati nak suap mcm2 kat princess.

one day tu.seperti biasa rutin harian amani, mesti keluar main depan rumah bila waktu petang. ada sorg neighbour MA ni kan suka sgt dengan amani sbb dia xde anak gegel. 2 boboiboy je dia ada.hihi.tp amani pulak xsuka kat dia.act akk tu tgh preggy skrg.mungkin baby dlm perut tu gegel kot sbb tu amani xsuka.hihi.k, nak dijadikan story 1 hari tu anak2 dia makan kopok mi-mi. akk ni dgn slumber je nak bg kat amani.huhu.mrh btul saye.saye pun xbg tau.even dah ckp xpe lah kak amani xmkn bnd2 ni.dia tetap nak bg.dia ckp xpe laa.xbg cmne dia nak mkn.uwaaaaaaaaaaaaaa nak menangis i dengar.dengan sedaya upaya dia cuba nak bg amani jugak2.siap amik tgn n letak kopok tu dlm tgn lagi.yg MA pulak dah dekat 10 kali ckp xpe kak xyh dia xmkn.sy xbg xajar dia makan kopok2 ni semua.(smbil senyum).pastu dia suruh ank dia pulak try bg kat amani.anak dia takut.anak dia ckp mama dia xbg.hihi.lega sat dengar.taaaapii..

tau x akk tu ckp pe??

kecian amani kan.mama dia xbg.kejam mama dia.huhu ade ke dia ckp cam tu kat MA.sadis plus geram jek.
sampai sudah mmg amani xamik pun.alhamdulillah.

story 2:

dugaan besar jugak yang ni..

bila kita berjiran dgn mak2 or tok2 huhu mmg besar dugaan.xde la nak ckp kita yg muda ni tau semua kan.tp agak2 lah kalau nk bg idea pun.

ade ke diorg suruh ajar amani mkn keropok, ais krim, air ais..isk3..siap ckp boleh dah aih bagi..ada 1 hari tu diorg bg amani 1 slice keropok kentang tu.ala yg mcm mister potato tu.huhu.MA nampak terus MA marah amani.ye la nak marah diorg xbuleh kan.jadi marah amani je la.diam je amani.cian anak mama.xtau pape.org bg dia amik je la kan.tup2 kene marah dgn mama.kdg2 kalau xmrh amani mama marah je makcik amani.hihi.bila masuk rumah nnt makcik amani akan ckp....

"hg ni kejam.bukan aku yg bagi dah depa yg bg.aku kata dah satg mama dia marah.tp depa bg jugak.tup2 aku lak kena marah."
hahahah.MA senyum jek.kekekeke padan muka.biar lagi.

story 3 :

ni pun lg 1. anak dah 2.tp xtau jugak kebaikan dan keburukan sesuatu mknn.ada ke dia offer amani keropok yg plastik dia color hijau tu.ala lupa la nama keropok tu.kalau xsalah bt dr kacang peas tu.huhu.sbb mmbe2 je kan so MA terus ckp eh xpayah.aku xajaq dia dia mkn keropok.dia tnya knp?huhu MA terus jawap tnpa tgk muka dan mata (sbb geram) sbb byk ajinomoto.dia ckp oooo mmg pun kopok2 ni byk aji.iskkk dah tau tp bg jugak kat anak dia.

byk lg sebenarnya story.tp xlarat MA nak type.hahaha.ada yg nak bg sumi la.ais blended la.ais krim la.jgn kata org luar.org dlm rumah sendiri pun nak jugak bagi.ok la kalau setakat ais krim vanilla tu MA ok lagi la kalau just nak bagi rs kan sikit2.xde la MA ni kejam sgt.ini nak bg sumi.gula2 yg manis2 tu semua.bnd2 yg byk aji.aihhhhh mna boleh.no no no no no.kdg2 MA ckp kalau amani batuk ke demam ke sakit perut ke nanti sape susah?sape jaga?korg ke?x kan?MA jugak yg nak kne bersengkang mata ni.kdg2 dtg opis bengkak2 mata.boleh nak bagi tp japg kalau amani xmau tido duk aktif nak main ataupun cirit birit or batuk2 aku bg kat hampa jaga.yg duk jauh kat baling aku tepon suruh balik jaga anak.
hahahaha..
semua kecut perut takut.
baru dia tau sapa mama amani kan.

sekarang ni semua org dah xberani sgt(ada jgk yg berani lg kdg2) nak suap bukan2 kat amani.skrg semua dah pandai tnya dulu sebelum nak bagi.
LEGA!!


kalau x semua diorg nak sumbat.kuih2 manis pun nak sumbat.esok2 diabetis sape ssh?kesian amani jugak kan.

ada tau kdg2 diorg ckp cmni:

alaaa bagi la sikit rasa...kejamnyaa..xjd apa aih..boleh dah..dulu2 pun hampa mkn yg tu jugak..semua xboleh mama dia ni..

huh mmg xblh diterima akal.
biasanya MA jawap!!!

xpe la dulu lain skrg lain.
dulu xde penyakit skrg byk.
nnt xpandai

MA belasah sja la apa2 pun.kahkahkah.



sebenarnya kan..bukan MA xnk bg..xde la kejam sgt..kdg2 tu kesian jugak tp MA kena kuat lah.utk kesihatan dan kebaikan amani jugak.

ok..bersambung di PART II nanti yer..

Thursday, March 15, 2012

talking

hari ni MA nak share perkataan2 yang princess dah leh sebut..
nak tergelak kdg2 dgr dia sebut.tp comel..

hayoooo bah = hallo bah
bah kak = bah bukak
nak nek = nak naik
nak nennenen = nak susu
paq = lapaq

akit = sakit
cuss = shoes
kai = pakai
nyum = makan
angan = jangan
ana = mana
tayak = tak dak
alan = jalan
abang = paksu onie hahaha
mak/pah = makcik ipa

mamami = mummy
kakakak = kakak
tet = cat

kaih = cepat
tudiaa = tudia
tam = come
ama = rama rama
bet = bag


amani paling pandai sebut mama laa..sbb mama je dia leh sebut dengan betul dan jayanya.hihi.

banyak dah yg amani pandai bt skrg..dia dah pandai bercakap,berjalan, paaaaaaaaaling best 
amani dah pandai AUTA.hahaha.

Monday, March 5, 2012

wonderful weekend and wonderful month

alhamdulillah

akhirnya penantian tu berakhir sudah

happy
glad
excited gileeeeeeeeeeeeerr
seronok
terharu
terkejut

sebab??

semalam amani dah boleh berjalan.YayYYYayyy!!

sebelum tu, 1minggu sebelum semalam amani merangkak..mmg xde dah mcm askar wataniah..hahaha..try test dia suruh g amik brg..MA baling sikat ke ball ke jauh2 pastu ckp cmni
"alaaaa jatuhhhh, tolong sayang mama amik sat kat mama"
bt pulak muka sedih2.hihi.
dia pun dengan rajinnya tolong la mama dia p amik.
MERANGKAK yerrr mama2 sekalian.

pastu semalam mcm biasa MA dgn amani n makcik main2 la kan mcm biasa.pastu MA try lepas amani.tgk2 dia berjalan p kat makcik.jauh tau jarak tu.10-11 langkah jugak nak smpai.tp langkah amani la bukan kita yg tapak kaki besar2 ni.hihi.pastu mak cik dia dengan xcitednya terus tolak ketepi bouncer amani.test lg sekali.makcik dia seronok sgt.smpai kiss amani byk2 kali.hihi.
pastu paksu amani paggil mummy amani suruh tgk amani bjln.mula2 mummy xpecaya.pastu amani jalan sendiri p kat mummy.br mummy percaya.mummy ckp amani dah blh jalan.hihi.
plg jauh amani bljn sendiri lebih kurang dlm 15-20langkah kot.

hihi amani pun excited smlm dapat jalan.plus pulak org duk gelak2 kan dia seronok la dia.smpai xnk tido.nak berjalan jer.
pukul11 mlm br amani tido semalam.

ok tu jer cerita hr ni.hihi.

xsabar nak tunggu amani btul2 cekap jalan.smlm dia jalan mama still lg follow blkg.sbb takut dia jatuh.tp ternyata tidak!!!kiki.

Friday, February 10, 2012

entry suka2..

semalam pas blk keje terus g taman rimba.sje suka2 nak bwk amani pegi main kat playground
waaa suka bukan main si tecik
pict ni khas untuk mama rina.
cer mama rina teka kenapa??


mama rina dah jmpa jwpn ke belum??

mama rina: pict amani yg ni nampak cam nak sama dengan hafiz kan..rinduuuuuuuuuu!!hehe

Thursday, February 9, 2012

1st bday present

tadaaaaaaaaaaaaaaa,
ni la 1st bday present utk amani
murah je beli
yg penting amani suka dan seronok main

skrg ni dah xde nk ddk dlm basikal tu diam2 nyer..dia dah bosan kot




skrg
amani suka tolak pulak basikal tu.tgh nak prektis jalan agaknya.hihi


Tuesday, February 7, 2012

Spaghetti for Amani

uhuk..uhukk..uhukkkk!!
jgn ada yg terkena virus demam ni plak ye..skrg ni musim demam kot.habis 1 rumah demam.smlm abah amani call ckp dia pun duk rs nak demam.seram sejuk je.
MA xyh ckp la.awal2 dah demam.badan xpanas.tp kita rs seram sejuk.sengal 1 badan.pastu selesema n batuk2.siap pening2 xlalu mkn lagi.uiii bahaya2..risau terjadi penyakit lain plak..teeeeeeeeeettt.
hahahaha

melalut..melalut..ke laut.

entry kali ni MA nak story pasal resepi menarik for our tods..hehe bukan baby lagi dah sebab dah lepas 1y+
last week kan cuti panjang sempenan maulidur rasul
so hari sabtu tu MA btkan amani sup kaki ayam makan dengan nasi ayam.
uhh nyummy ja tgk sikecik mkn dgn seleranya kaki ayam tu.makan dgn abah dia je sbb mama dia xlalu kaki ayam.mkn kuah dgn isi ayam je la.
yg MA perasan amani ni dia nak kita makan sama2 dgn dia br dia nak makan.kalau kita bg dia je makan huh 3-4mulut je laaa..isk isk isk.

ok, esoknya hari ahad dgn isnin xde nasi utk amani.
MA btkan dia spaghetti angel hair.
hehe..

jom kita share resepi..

act resepi ni inspired from blog ' BLOG SAYA HOT '
mmg hot pun sbb byk resepi menarik utk anak2..
ni link dia


beeeeeeeeeeestt!!


gmbr sekadar hiasan sebab xde amik gmbr pun.xsempat.lebih kurg mcm ni la kejadiannya.nak lg clear pegi la lawat blog saya hot tu.mmg sejibik dan sebijik lah mcm tu jdnya.hehe.
homemade sos tomato
bahan:
tomato
bawang besar
bawang putih
serbuk jintan manis dan jintan putih
unsalted butter

1. belah tomato, buang biji, blend bersama bawang putih dan bawang besar.
2. panaskan periuk masukkan butter dan bahan diblend dan serbuk jintan secubit. masak selama mana yang anda mahu. huhu. sos tomato makin lama masak makin sedap. kalau kering tambah air.

dah siap. sonang jek. i buat untuk 2 kali masak. half i buat bolognese, half lagi simpan dalam freezer. nanti nak guna senang.
resepi bolognese sos guna tomato sos ni,
sedikit olive oil - MA guna butter je sbb xde olive oil
isi ayam cincang
sos tomato (homemade)carrot (blend/cincang) - MA blend dan cincang
batang saderi(blend/cincang) - MA cincang je
italian mixherb
cheese - xletak pon..hehe

1. masak isi ayam dengan sedikit olive oil sampai masak, masukkan sos tomato, carrot dan saderi yang diblend tadi. masak sehingga pekat, masukkan mixherb dan sedikit cheese

MA ada la derhaka sikit2 dr resepi asal sbb xde bhn tu..tp apa pun mmg resepi 'blog saya hot' ni sedappp!!

Friday, February 3, 2012

Subhanallah..

ehsan google

tiada kata yg dapat MA ungkapkan ketika lalu di satu jalan tu tdi.
sebak MA tgk..
rs nak menitis air mata
bukan sebab sedih tp xtaulah nak ckp
MA nampak jemaah tengah Solat Jumaat
1st nampak
sampai luar pagar masjid
ms tu MA tertanya eh ramai sgt ke solat di masjid ni.bagusnyaa
2nd plak
kira MA jalan depan sikit nampak ramai giler kat kawasan parking masjid tgh solat.masa tu keadaan cuaca ammmat lah dan terammat lah panas terik.
Subhanallah
terus MA jd sebak melihat keadaan tu
rs nak menitis air mata
terasa seperti sangat kerdil MA ni kan berbandingkan diorg para jemaah tu
sanggup berpanas demi nak menunaikan kewajipan

sebenarnya lepas tu br MA perasan rupanya diorg kene solat kat luar sebab masjid tu tgh bt renovation.

apapun MA bangga dan tahniah pd diorg semua sbb sanggup berpanas berhujan utk solat jumaat

ehsan google

Rainbow Cake

seperti yg telah dimaklumkan dalam entry sebelum2
hari ni MA masukkan resepi rainbow cake.
MA bt utk b'day Amani 27hb januari lepas



ni la rupa kek yg comot tu.malu sbnrnya nak tunjuk.tp xtunjuk nnt xde bukti plak kan.hehe


act, dah lama jugak duk teringin nak bt kek ni.tp xde ms n ocassion yg sesuai.
tup2 b'day amani.masa tu MA tu pk and berbelah bagi jugak hati ni.nak bt ke x, nak bt ke x.takut sebenarnya.takut xjd n rosak majlis amani nnt.ye la bukan senang nak bt kek2 ni.renyah.mna nak kemas rumah lagi nak bt desert lain2 lagi..mcm2 lah nak prepare.ni nak tmbh pulak dgn nak bt kek.xdayo rs.tp last2 MA cabar jugak diri sendiri utk bt.
hahaha.kesahnyaaaaa...
walaupun kejadiannya agak comot.biasa la kan 1st timer.kalau dah terror tu lain la kan.pejam mata pun blh siap.ini nak kna bersengkang mata wooo smpai pkl3pagi semata2 nak bt kek rainbow pelangi ni je.hahahaha.
letih mmg letih tp puas hati.


ni ni je gmbr bhgn dlm yg ada.xsempat nak amik gmbr sbnrnya.nmpk comot cmtu mungkin sbb pisau potong kek tu sbnrnya bukan pisau.xtajam.MA guna apa eh org pggl bnd tu.alat utk sapu buttercream tu.haha.


rasanya, urmmm kna tnya pada yg merasa lah.xpun kna lah cuba bt sendiri kan.tp pd MA, MA xminat sgt kot sebab manis sikit kek ni.walaupun MA dah kurgkan gula dr resepi asal.
tp abah amani ckp ok rs dia.deco pun ok.hehehehe.
siap tapau lg pg ahad tu utk bwk pegi opis.
dpt bwk sikit je la sbb dah habis.heheheh.
abah amani ckp kejap je licin tinggal bekas.
dalam hati ni alhamdulillah ada yg sudi merasa..
kekeke

jom kita tgk apa resepinyaa.

resepi ni MA amik dari blog fav MA 
blog sape lagi kalau bukan blog kak ita kita kan




RAINBOW CAKE
By : Whisk Kid
The Martha Stewardt Show, April 2010

2 sticks (226 g) butter, room temp
2 1/3 c (426 g) sugar
5 egg whites, room temp
2 teaspoons vanilla
3 c (426 g) flour
4 tsp baking powder
½ tsp salt
1 1/2 c (355 ml) milk, warmed for 30 sec in microwave to bring to room temp
Red, orange, yellow, green, blue and purple GEL food coloring. Liquid will not be vibrant enough!

Preheat the oven to 350F degrees. Oil and line how ever many 9” cake pans you have (I have three and I just reused them).

Sift together the flour, baking powder and salt. Set aside.

Cream the sugar and butter, then add the egg whites (I cracked them all into one bowl) and add them a little at a time. Add the vanilla and mix until fully incorporated. Then, alternating between wet and dry, add the milk and flour mixture in two parts.

Divide the batter amongst 6 bowls (It's about 1 c each, but I did it by weight. Weigh your mixing bowl before you begin adding ingredients and then subtract the weight of the bowl from the final measurement after the batter is completed. Divide that number by six and add that weight of batter to each bowl), and then whisk a fair amount of the appropriate food color into each bowl. Keep in mind that the color of the unbaked batter will be the color of the baked batter. Pour into the pans and bake for 15 minutes each.

When you remove them from the oven, let them rest on the cooling rack, in the pan, for ten minutes. Then flip, cover, and stash them in the fridge to cool quickly. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Resepi yang telah di alih bahasa oleh kak Zu.. hehe TQ kak Zu..

RAINBOW CAKE
Rujukan : Zuraini Alias

3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang

Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. 
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan

Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan

*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar

Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.


Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.



1st b'day cake for AMANI


p/s: MA xbuat checkered kek.kesahnyaaa..duk mencari punya cari punya cari xjumpa2 ring cutter tu.ada jmp tp saiz kecik.saiz yg MA nak tu xde.jadi bt lapis2 je la.hihihi.

Thursday, February 2, 2012

Under Construction!!!

maaf ye kawan2..tiba2 bosan dah dgn template lama.so kita kasi segar skit.
tp belum siap lg ni..tgh refresh kepala otak ni cmne nk tukar color2 semua.hihi.lupa sudah.

Alhamdulillah..

Xnak story panjang..
just nak kongsi sikit je..
syukur alhamdulillah sebab akhirnya bos dah dibukakan hatinya untuk naikkan gaji kami semua.walaupun tidak lah terlalu byk tp at least ada lah jugak...

rezeki Amani lah kan..pasni leh saving lebih utk dia.
dulu ms pregnant kat amani, bos kasi bonus 6bulan gaji
mcm2 yg MA beli utk amani ms tu.hehe
sekarang
amani 1 tahun, bos naikkan gaji
Syukur Alhamdulillah



target MA utk thn ni adalah nak beli insurans utk diri sendiri dan jugak Amani.

all da best!!!

Wednesday, February 1, 2012

Amani Turns 1



27 Januari yang lepas adalah hari lahir Amani yang pertama. Mama amik cuti khas bt Amani syg.

seawal pg mungkin dah bgn dr tido.1st thing to do is I kiss and wish 'Happy Bday' to my cute lil princess, Amani. She's wake up with a looooooong and sweet smile.tiba2 berspeaking London.haha.after 8am we all lepak2 jap n take a bath.then preparation utk bday celebration pun bermula.start with pegi FAMA beli barang2 utk masak.but b4 dat we all singgah jap kat SLMSB office sbb nak pick up hand drill from cik puan Rozi.konon nak pasang curtain kat kitchen tp last2 hampes.xsempat nak bt.simpan je la bnd alah tu kat atas.ok, pas we all pegi amik hand drill we all terus pegi mencari brg2 utk di masak nnt.dah settle mencari brg, we all pegi hntr lak brg2 kat rmh di Taman Flora.kemas2 bt itu bt ini sedar2 dah nak mlm.uhhh letih dan lapar giler.mlm tu MA,abah Amani and Amani bt pertama kali tido at our own house.sejuk giler.masing2 xbwk selimut.uwaaa pasrah je la.hihi.

mlm tu MA tido lewat sbb bt kek utk bday amani.MA bt rainbow cake.dr pkl11 mlm smpai 3pg wooooo.letih giler.xsggup tunggu lg dah.terus g tido.esoknya seawal 8pg dah start smbung bt kek smlm.haha.kek dah siap cuma tinggal nak bt buttercreamnye ajer.dis time i berjaya dgn jayanya bt buttercream tu.jd putih n xterlalu cair.walllahh!!I like.by 10.30am cmtu rainbow cake pun siap.smbung plak dgn chocolate moist cake.bt punya bt smpai la ke pukul1.30br siap.n MA siap mengemas rumah pun elok2 pukul2.30ptg.pegi mandi and siap2 utk majlis.jemputannya pukul3.hahah kelam kabut aku.br sudah mandi dah ada tetamu smpai.kehkehkeh.cik puan rozi le tu dgn anak2.

jamuan berlansung dgn sesederhana mungkin.yg menjadi jemputan hanyalah family terdekat dan jugak kwn2 terdekat.thanks pd semua yg dah membantu dan memeriahkan majlis.really enjoyed it.Amani seronok smpai xtido lgsg.menu utk 28/1/2012 hr tu adalah,
rainbow cake
chocolate moist cake
bihun goreng
pulut inti
bubur sagu dan nangka madu
apam polkadot
nugget
fries
tepung talam nyonya
agar2 delima
 mlmnya selesai semua mengamuk terus sbb letih.haha.apapun 
HAPPY 1ST BIRTHDAY my dear princess NUR ADRIANA AMANI MOHD ANUAR.

joms layanss picca..

Bday girl tunggu tetamu smpai

pic 1

pic 2

pic 3

pic 4
later MA masukkan recepinye pulak ye..

Wednesday, January 18, 2012

update suka2

huhu..byk sbnrnya nak cerita.tp malas dan xtau cmne nk cerita.entry kali ni just nak update kosong2 or update suka2 je..

semalam amani merajuk dgn mama sbb mama pergi keje xkiss n xjmpa n xbubye amani dulu.balik mama cari n ckp dgn amani tp dia bt xtau je.n lg worstnyaaa amani demam.badan dia panas.pkl8 mlm camtu mama check suhu 39 degree.uhuhu.cian anak mama kan.terus bg amani ubt demam.macam magic.tiba2 dlm 30minit lepas mamam ubt.terus baik.peluh2.dah boleh gelak2 n main2 cam biasa.legaa.alhamdulillah syukur.

sbnrnya MA masih lg rs bersalah yg teramat sgt dgn amani.sbb 12/01/2012 hari tu MA dah bt 1 kesalahan yg ammat besar.MA main2 dgn amani mlm tu.lebih kurg 8 lebih.nak bg amani diri.tiba2 tah mcm mana terlepas tangan tu.huhuhuh n amani jatuh.bygkan posisi berdiri.terlentang kebelakang.ofcos kepala la kan yg MA risau.ms tu tergamam,terkejut,campur dgn rs bersalah menyesal semua ada.nk menangis rs.MA cuai.careless.MA lalai nak menjaga amani.ms jatuh tu amani menangis kuat.pastu dia mcm lali2 sikit.mungkin sbb pening akibat jatuh kat lantai kan.mlm tu MA mmg lgsg xleh nak tido.belek amani je.risau tkut efek apa2 sbb dia jatuh tu.MA bt pemerhatian 24hrs.nasib baik amani ok.xde muntah2.xde yg pelik2.semua ok.aktif mcm biasa.tp apa pun perasaan risau tu smpai skrg masih ada.ye lah bnd kat dlm kita xnmpk kan.hari2 MA berdoa supaya amani sihat sentiasa.xde apa2 efek akibat dr jatuh tu.

seriously, MA mmg xleh nak ingt kejadian mlm tu.fobia.takut.dan klu ingt terus rs bersalah teramat sgt smpai blh menitik air mata.

to amani sayang,

one day if blog ni still ada n u can read this, mama mintak maaf sgt2 sbb dh bt anak mama jatuh.mama dah bt anak mama sakit kan.i'm so sorry.i luv u baby.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

ok, xlama lagi (lebih kurg 9hr) amani dah nk cukup 1 tahun. 
MA dah plan mcm2 nak masak utk celebrate nnt.
hihi nak tau ape??rahsia...tungggguuuu!!

semoga plan MA berjaya.



p/s
ummi cepat2 sembuh ye.(cian ummi sbb kena demam denggi) semoga ummi dan hubbynya cepat sembuh dan xberjangkit dengan 2 ahmad.

Thursday, January 12, 2012

bismillahhirrahmanirrahim

dengan ini saya ingin mengumumkan tarikh.....jatuh pada...hahaha berangan jd tukang umum hr raya sat.

sbnrnya MA just nak cerita/share yg MA skrg dah bt keputusan nak bt sendiri kek birthday utk princess Amani.Sat ja kan tup tup pejam celik dah nak 1 tahun dah cek mek molek tu.skrg kalau latih dia bljn kan dia dah blh langkah 4-5langkah dgn yakinnya.hihihi xsbr ni nak tunggu cek mek molek tu boleh jln sendiri.mst terkedek2 bontot kan mcm itik pulang petang.hahahahaha.

ok berbalik pd cerita asal..ekekeke

sbnrnya sblm ni lama gak la duk dilema..nak beli nak buat..nak beli nak buat..last2 MA mencabar diri sendiri utk bt je lah kan.lebih jimat.sedap ke x?hahaha ntah la sy xdpt nak jawap itu.kena rasa lah ye..hihihi.

sempena ulang tahun kelahiran cek mek molek yg pertama ni nanti, MA dah discuss dgn abah amani.we all xbt any party but mungkin nak bt doa selamat kot.tp sape nak bc doa eh?huhu itu abah amani pandai2 sendiri la ye nanti.ekeke.

antara menu yg MA dah listkan (yg ni blum discuss lg)

bihun goreng
kuih muih
snack
nugget
jelly kelapa
chocolate cake - MA bt 
rainbow checkered cake - MA bt

ape lg eh??yg pasti no candy no sweets.hihi budak2 kan xbagus makan sweet/candy.nny hyper.kalau ada nnt ada je yg sebok nak sumbat dlm mulut amani kan.so utk langkah berjaga2 xyah letak.biar lah nak kata kedekut ke hajah bakhil ke kan.hahahaha.

jamuan ni cuma utk family dan rakan2 terdekat je.yg jauh2 cam ummi n mama hafiz xleh la ye.kehkehkeh.

kita tgk kejadian kek MA nanti.jd cantik ke cokmot cam MA.
huuuu seram pk.takutssss.cuakkkss.




Wednesday, January 11, 2012

PanCakes and its recepi

haha entry ni sbnrnya dah lama nak post tp memandangkan skrg busy yg tah apa keje tah tgh bt pun xtau, jd xsempat nak post.Bt penkek ni utk amani breakfast hari tu. Amani suka giler.sekeping besar habis dia sorg je.masa tu MA bt penkek ni dgn sos stoberi pastu nak sedapkan sikit sebab sos stoberi tu masam2 manis skit kan jd MA bt letak skit coklat yg dah dicairkan.heheheh.mmg nyummy la si kecik tu makan.


yang MA bt lebih kurang camni.hihi.gambar ihsan chef google.
stoberi ni mmg manis.import khas dr salah sorg staff kat opis MA jugak.kebetulan dia nak turun ke Alor Setar.so MA kirim lah buah stoberi dari Shah Alam.sedap tau.beli di Plaza Alam Sentral Shah Alam.Sedap tau.Manis.Dulu masa MA keje kat branch opis di PJ mmg kitorg selalu gak la lepak2 kat Shah Alam sbb kitorg kat stay kat Bukit Jelutong je.dekat sgt lah kan.kalau korg nak beli blh lah.tp rsnya kalau kat KL mmg bercambah kot kat mana2 pun.stoberi yg hr tu dr Korea.hihi.jgn bli dari Cameron ye.masam.

ok.berbalik pada resepi penkek ni.resepi ni MA byk bt search kat google dan resepi yg dah menarik perhatian MA adalah resepi dari Mat Gebu(dapur tanpa sempadan) tp MA menderhaka sikit lah kat resepinya.hehehe.mintak2 tuan punya resepi xmarah la ye.mmg nampak menarik, tertarik and hasilnya memang the bomb.

gambar yang MA bt xde pun.xsempat nak amik.siap sekeping,habis.bt lg habis.kita sibuk masak diorg sibuk habiskan.haha bilanye nak amik gambar kan.xpe kita ehsan dr google je lah ye.resepi ni blh bt dlm 6-8 keping je tau.so, kalu nak bt lebih gandakan lah ye.MA copy ye resepinya..


Pancakes sos stoberi
Sumber : Mat Gebu


BAHAN-BAHANNYA :-)
3/4 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
1/2 camca teh baking powder
1 biji telur gred "A"
1 1/2 camca besar gula halus
30 g mentega, dicairkan
1 camca besar mayonnaise ---> yang ni MA xletak pun sbb lupa bli mayonis
1/2 cawan + 2 camca besar susu segar(mat guna susu sejat) ---->MA guna susu fresh milk
1/2 camca teh esen vanilla (resipi asal tak letak) ----> MA letak 1 camca teh
Secubit garam halus
Mentega, strawberry dan madu untuk dimakan bersama pancake ----> MA tambah dark chocolate yang dicairkan guna kaedah boil campur dengan sedikit mentega utk kasi kilat.

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan tepung naik sendiri, baking powder dan garam halus, gaul rata dan ayak. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula, mentega cair dan mayonnaise, kacau dengan whisk sehingga semua sebati dan rata.
  2. Masukkan susu, kacau dan tambah tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan rehatkan adunan 20 minit.
  3. Panaskan non-stick frying pan pada api sederhana. Lenser dengan sedikit minyak (mat sapu permukaan kuali tadi dengan paper towel bersih yang dicelup sedikit minyak). Sudukan anggaran 3 1/2 camca besar adunan tadi. Ratakan.
  4. Tutup pan tadi dengan tudung periuk sekejap. Bila permukaan pancake berbuih2 dan kelihatan agak kering, perlahan2 terbalikkan. Masak lagi untuk 1 minit. Alih dalam bekas sesuai dan buat kaedah yang sama untuk baki adunan.
  5. Hidangkan bersama mentega, strawberry dan curahan madu...hmm sedappp u!..Nak makan dengan ais krim pun ok juga..ikut suka hati masing2 yea.

ok, untuk sos stoberi MA byk search kat google and tnya di forum HSFFYB di FB. di FB diorg ckp bt mcm nak bt puree.tp di google dia ajar 

masukkan stoberi dalan non stick pan campurkan gula sikit kacau atas api perlahan smpai dia jd cam sos stoberi.kena kacau ye takut hangit.pastu blh la kalu nak mkn dengan roti ke dengan penkek ke.hihi.

utk sos chocolate:

1bar dark chocolate.MA beli brand bunga raya.patah2kan dark chocolate tu pastu cairkan dengan kaedah double boil.bila dah cair masukkan butter utk kasi kilat.nyummy.blh makan dengan penkek dan jugak blh makan dengan stoberi.kira jd CT jap lah.stoberi cicah cekelat.kehkehkeh.

ihsan chef google.pancakes chocolate.


Selamat Mencuba..